Sunday, 6 September 2015

Persekutuan Tanah Melayu

Persekutuan Tanah Melayu 

merupakan sebuah persekutuan 11 negeri di Tanah Melayu. Ia dibentuk pada 31 Januari   1948 oleh sembilan Negeri-Negeri Melayu dan dua penempatan British Pulau Pinang dan Melaka.
Perjanjian Persekutuan telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu sejak antara JunDisember 1946. Di akhir mesyuaratnya Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Blue Book setebal 100 muka surat.


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British . Perjanjian ini ditandatangani oleh RajaRaja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British . Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Uniondan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.


Antara 1946 - 1948, 11 negeri ini membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn JaafarMalayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. 

Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.[2]
Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadinegeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957.[3]


 Merujuk kepada Akta Malaysia 1963SingapuraSarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.



Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ini diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif dengan dibantu dan dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan Tanah Melayu dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah Melayu.
· Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan mengandungi 7 orang ahli rasmi dan 7 orang ahli tidak rasmi.
· Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan pula mengandungi Pesuruhjaya Tinggi sebagai Presiden Majlis, 14 orang ahli rasmi serta 50 orang ahli tidak rasmi yang mewakili Negeri-negeri Selat, golongan peniaga dan semua kaum. Selain daripada itu 9 orang Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri, (Menteri Besar) dan 2 orang wakil dari Negeri-negeri Selat menjadi ahli tidak rasmi.
· Majlis Raja-Raja Melayu akan menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar imigresen.Residen British digantikan dengan seorang Menteri Besar di tiap-tiap negeri dalam Persekutuan.

Syarat-syarat Kerakyatan di bawah Persekutuan Tanah Melayu ini diperketatkan lagi melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara memohon. Dengan kuatkuasa undang-ndang mereka yang berikut secara otomatis boleh menjadi warganegara;


1.   Rakyat kepada Sultan pada mana-mana negeri.

2.   Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang atau Melaka dan telah tinggal dalam Persekutuan selama 15 tahun terus-menerus.

3.   Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan dan bapanya dilahirkan di Persekutuan atau tinggal selama 15 tahun terus-menerus.

4.   Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan dan bertutur dalam bahasa Melayu serta mengikut adat istiadat Melayu dalam kehidupan sehari-hari.

5.   Sesiapa juga yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu di mana kedua ibubapanya dilahirkan serta telah tinggal selama 15 tahun berterusan.
Melalui proses naturalisasi (secara memohon) pula seseorang itu boleh menjadi warganegara sekiranya;
1.   dilahirkan di Persekutuan dan telah tinggal sekurang-kurangnya selama 8 tahun daripada 12 tahun di Persekutuan Tanah Melayu sebelum permohonan dibuat dan

2.   Telah tinggal di Persekutuan selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum ia membuat permohonan.Dalam keduadua perkara itu (melalui proses naturalisasi) pemohon- pemohon mestilah berkelakuan baik, bersumpah taatsetia dan menjelaskan tujuannya hendak menetap di Persekutuan, dan mengetahui bahasa Melayu dengan baik atau bahasa Inggeris dgn baik.Persekutuan Tanah Melayu melalui perlembagaannya menjamin hak-hak dan kedudukan istimewa orang-orang Melayu serta hak, kuasa dan kedaulatan Raja-Raja Melayu di negeri masing-masing.


Perjanjian Persekutuan menetapkan kuasa-kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing. DYMM Sultan diberikan kuasa penuh ke atas hal-hal agama dan adat istiadat Melayu.



 Masalah luar negeri dan pertahanan pula masih dipegang oleh Kerajaan British. Perjanjian Persekutuan telah dijadikan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan diisytiharkan dengan rasminya pada 1 Februari 1948.


Dewan Perundangan Persekutuan Tanah Melayu mengadakan persidangan pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman,Kuala Lumpur pada 1948. Ia dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British Sir Edward Gent. Turut hadir ialah Menteri Negara bagi Hal Ehwal Tanah Jajahan, Lord Listowel. Dewan Perundangan Persekutuan itu adalah termaktub dalam Bahagian Empat, Perlembagaan Persekutuan 1948. Ahli majlis mestilah terdiri daripada  :

1.   Pesuruhjaya Inggeris sebagai Presiden

2.   3 orang Ex-Officio iaitu Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara

3.   11 orang ahli rasmi

4.   34 orang ahli tidak rasmi.
Semua ahli majlis itu kecuali ahli Ex-Officio mestilah warganegara Persekutuan Tanah Melayu ataupun rakyat British. Dalam tahun 1948 terdapat :

1.   28 orang wakil Melayu termasuk semua Menteri Besar

2.   14 orang wakil Cina

3.   6 orang wakil India

4.   14 ahli bangsa Eropah yang menjadi ahli rasmi.

· Setiausaha Negara A.T. Newboult ialah orang yang pertama berucap
· Dato' Onn Jaafar selaku wakil orang-orang Melayu
· Dr. Ong Chong Keng selaku wakil orang-orang Cina
· S.B. Palma wakil orang-orang India
· Lord Listowel selaku wakil Raja Inggeris
· Presiden Sir Edward Gent.
Dato' Onn Jaafar menegaskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu tidak ingin melihat campurtangan dan kuasa luar dalam hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu. Wakil orang-orang Cina pula menjelaskan bahawa orang-orang Cina akan taat setia kepada Persekutuan Tanah Melayu. Dalam Persidangan Dewan Perundangan Persekutuan yang pertama ini beberapa Jawatankuasa kecil telah dibentuk iaitu :
· 'Standing Committee On Finance'
· Jawatankuasa Pemilihan
· Jawatankuasa Keistimewaan.
Persidangan pertama itu telah meluluskan Rang UndangUndang Perbandaran Kuala Lumpur, Rang UndangUndang Pemindahan Kuasa dan Rang UndangUndang Peminjaman dan Hutang. Dalam persidangan itu, wakilwakil tidak rasmi yang baru telah menunjukkan kebolehan yang baik dalam perbahasan di Dewan tersebut. Dengan cara inilah pihak kerajaan Inggeris membimbing warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk terus maju ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.

Pada tahun 1950, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah. PKMM mempunyai dua sayap iaitu Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar.

 Asalnya, PKMM tidak cenderung kepada komunisme. Setelah Mokhtaruddin Lasso dilantik sebagai presiden PKMM yang pertama pada bulan Oktober 1946, parti ini telah dipengaruhi oleh komunisKesatuan Melayu Muda (KMM) bergabung dengan PKMM, dan Dr. Burhanuddin Helmi telah menjadi presiden PKMM yang kedua. Dr. Burhanuddin membawa PKMM ke arah pembentukan Melayu Raya iaitu gabungan Indonesia dan Tanah Melayu. Pada Disember 1947, Ishak Haji Mohamed telah menjadi presiden PKMM yang ketiga dan PKMM beralih  daripada konsep komunisme kepada nasionalistik.

 PKMM adalah antiUMNO dan anti penjajah. PKKM juga telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat atau singkatannya ditulis sebagai PUTERA, iaitu gabungan parti-parti politik radikal Melayu dan kemudian bergabung pula dengan All-Malaya Council of Joint Action atau AMCJA yang menentang habis-habisan mengenai Perjanjian Persekutuan 1948 bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu. PKMM telah menuduh pegawaipegawai yang dilantik dalam Persekutuan Tanah Melayu sebagai 'boneka', yang menari mengikut rentak 'Pejabat Jajahan'. Bagi PKMM, tiada unsur untuk "menyediakan Tanah Melayu sebagai kerajaan yang demokratik". 



Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Tanah Melayu telah ditadbir oleh British. Tanah Melayu juga telah diduduki oleh Jepun selama 4 tahun dari tahun 1941 hingga 1945. Sebelum mencapai kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan darurat selama 10 tahun disebabkan serangan Parti Komunis Malaya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaaan di Tanah Melayu. Bermula dari tahun 1951 hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.


Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh yang bertanggungjawab ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pelbagai langkah telah diambil oleh Tunku untuk mendapatkann kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan kerjasama pelbagai kaum di Tanah Melayu dengan mewujudkan Sistem Ahli 1951. Sistem ahli 1951 merupakan usaha penting dalam mewujudkan perpaduan.


 Tokohtokoh yang menganggotai Sistem Ahli 1951 terdiri daripada semua kaum. Oleh itu, wujud kerjasama antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan pada peringkat tertinggi. Ahli-ahli Sistem Ahli mestilah berwarganegara Tanah Melayu dan menjalankan tugas-tugas bertaraf menteri.


 Antara ahliahli Sistem Ahli ialah Dato’ Onn b. Ja’afar,E.E.C. Thuraisingam,Tengku Yaakob Ibni Sultan Abdul Samad dan Mahmud b. Mat. Antara faedah Sistem Ahli 1951 ialah semangat kerjasama dapat diwujudkan antara kaum melalui pentadbiran bersama. Ini dapat menyedarkan rakyat bahawa perpaduan dapat dicapai melalui kerjasama dan sikap bertolak ansur.

Perkembangan parti politik merancakan perjuangan kemerdekaan. Parti-parti politik  terus berkembang di Tanah Melayu. Matlamat parti-parti politik berbeza antara satu sama lain. Ada parti politik yang memfokuskan perjuangan mereka untuk memelihara kepentingan kaum masing-masing dan ada juga untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Antara parti yang diwujudkan ialah parti yang berbentuk radikal seperti PKM,AWAS,API dan PKMM. Parti berbentuk keislaman adalah PAS dan Hizbul Muslimin. Parti bukan bersifat perkauman IMP(Parti Kemerdekaan Tanah Melayu) dan Parti Negara. Akhir sekali ialah Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC.

Langkah seterusnya ialah dengan mengadakan pilihan raya. Perkembangan kegiatan politik dan tuntuan daripada pelbagai parti telah menyebabkan kerajaan British membuat keputusan  untuk mengadakan pilihan raya. Kerajaan British membuat keputusan ini kerana memerlukan kerjasama dan pertolongan rakyat Tanah Melayu bagi menghapuskan ancaman komunis.


 Selain itu, kerajaan British mahu menggunakan pilihan raya unruk menguji sama ada wujud perpaduan atau tidak perpaduan kaum di negara ini. Kerajaan British berjanji kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat bersatu padu. Pada peringkat permulaan, diperkenalkan pilihan raya peringkat tempatan pada tahun 1951 bagi: Majlis Bandaran George Town,Johor Bahru,Ipoh,Melaka,Seremban dan Kuala Lumpur. Pilihan Raya umum pertama bagi Majlis Undangan Perseketuaan diadakan pada tahun 1955.

Parti Perikatan ditubuhkan bagi menghadapi pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada 1952 MCA dan UMNO berpakat untuk berkerjasama secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Menurut persetujuan,UMNO tidak akan bertanding dikawasan MCA dan MCA tidak akan bertanding dikawasan UMNO. Kedua-dua pihak akan saling membantu di kawasan masing-masing.


 Strategi ini mendatang kejayaan kepada UMNO dan MCA. Kedua-dua parti mendapat undi majority. Pakatan UMNO-MCA dipraktikkan dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Johor Bahru dan Melaka. Dengan kejayaan ini, Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan Tan Cheng Lock untuk meneruskan kerjasama Parti Perikatan ke peringkat kebangsaan. Pada Februari 1953,pemimpin UMNO-MCA telah bermesyuarat di Kelab Pelombong-pelombong Bijih Timah Selangor di Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat itu,keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk berjuang dalam pilihan raya umum pertama yang akan diadakan pada 1955 di Tanah Melayu


. Pada tahun 1953,terdapat dua kumpulan yang mengemukan tuntutan kemerdekaan kepada kerajaan British. Kumpulan pertama diketuai oleh Dato’ Onn b. Ja’afar. Pada April 1953,Dato’ Onn telah menganjurkan satu Perundingan Kebangsaan di Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang dipersetujui meminta British mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1956 dan mahu sebahagian daripada anggota Majlis Undangan  Persekutuan yang baru terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan telah menganjurkan satu Konvensyen Kebangsaan


. Hasil Konvensyen tersebut, dua tuntutan dibuat, iaitu pilihan raya diadakan pada tahun 1954 dan menuntut supaya 60 peratus ahli Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil yang dipilih melalui pilihan raya. Kedua-dua pihak telah merujuk kepada Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan muktamad. Raja-raja memutuskan supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955 dan separuh daripada anggota Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan tidak puas hati dengan cadangan Majlis Rajaraja dan menghantar rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk membantah tetapi ditolak oleh kerajaan British


. Kesannya kira-kira 1000 orang ahli UMNO dan MCA meletakkan jawatan dalam kerajaan. Pentadbiran British terpaksa tunduk kepada tuntutan Parti Perikatan kerana British sangat memerlukan perpaduan rakyat untuk menentang komunis. Pada Julai 1954,Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gilivry telah menjemput Tunku Abdul Rahman untuk berunding di atas kapal H.M.S. Alert.



Pilihan raya umum pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 di seluruh Tanah Melayu. Daripada bilangan pengundi berdaftar, 84.2% pengundi Melayu,11.2% pengundi Cina dan 4.6% pengundi India. Sebanyak 52 buah kerusi telah dipertandingkan. Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum diadakan, MIC telah menyertai Perikatan. Perikatan  mahukan kemerdekaan dalam tempoh empat tahun melalui kompromi dengan parti-parti lain dalam perikatan. Parti perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Parti Perikatan membentuk kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri.

Langkah seterusnya ialah dengan mengada rundingan kemerdekaan. Rundingan berlangsung pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perwakilan Perikatan meminta supaya jawatan Setiausaha Kewangan digantikan dengan Menteri Kewangan yang disandang oleh rakyat Tanah Melayu. Perikatan mahu supaya Menteri Pertahanan dilantik daripada kalangan rakyat  Tanah Melayu bagi menggantikan Pengarah Gerakan yang dijawat oleh orang British.


 Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah digantikan dengan seorang rakyat Tanah Melayu. Parti Perikatan memberi jaminan tidak akan mengambil alih harta benda dan perniagaan British. British masih bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Selain itu,pengkalan tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu. Dengan itu, British akan melindungi Tanah Melayu. Pada 8 Februari 1956,Perjanjian London telah dimeterai oleh raja-raja Melayu,Parti Perikatan dan kerajaan British. Menurut perjanjian itu,Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada Jun 1956 yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya Reid dipertanggungjawabkan menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu. Antara cadangan  Suruhanjaya Reid adalah kerajaan perseketuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh Reaja,Sistem kerajaan Bersekutu yang sedia ada diteruskan,Raja Melayu kekal sebagai ketua negeri masing-masing,Pulau Pinang dan Melaka digabungkan dalam Perseketuan dan diketuai oleh seorang yang Dipertua dan sistem berkerajaan bercorak demokrasi. Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak. 

Suruhanjaya Reid telah membuat pindaan dari aspek bahasa, agama dan hak istimewa orang Melayu. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah berasaskan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berpalimen. Asas Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Tanah Melayu,kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa diberi, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan Agama Islam menjadi agama rasmi.

Langkah terakhir ialah dengan pengisytiharaan kemerdekaan. Tepat pada pukul 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957,seorang ahli pemuda telah menurun bendera Union Jack dihadapan banggunan Sultan Abdul Samad di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Bendera itu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada pagi 31 Ogos 1957, wakil Ratu Inggeris telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pengisytiharan perlembagaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka kepada Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuaan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.


KRONOLOGI KE ARAH KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihan raya tersebut.

1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.

18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.

8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka

21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.

31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Antara perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah wujudnya persefahaman di antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Persefahaman ini telah menjadi resepi utama perpaduan dalam kalangan penduduk di Malaysia. Semoga persefahaman ini berkekalan dan perpaduan terus mekar bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia.




 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 setelah dijajah oleh kuasa asing. Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan Tanah Melayu telah ditadbir oleh British. Tanah Melayu juga telah diduduki oleh Jepun selama 4 tahun dari tahun 1941 hingga 1945. Sebelum mencapai kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan darurat selama 10 tahun disebabkan serangan Parti Komunis Malaya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai kemerdekaaan di Tanah Melayu. Bermula dari tahun 1951 hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh yang bertanggungjawab ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pelbagai langkah telah diambil oleh Tunku untuk mendapatkann kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British. Beliau telah berusaha untuk mendapatkan kerjasama pelbagai kaum di Tanah Melayu dengan mewujudkan Sistem Ahli 1951


. Sistem ahli 1951 merupakan usaha penting dalam mewujudkan perpaduan. Tokoh-tokoh yang menganggotai Sistem Ahli 1951 terdiri daripada semua kaum. Oleh itu, wujud kerjasama antara kaum dalam menjalankan tugas-tugas kerajaan pada peringkat tertinggi. Ahli-ahli Sistem Ahli mestilah berwarganegara Tanah Melayu dan menjalankan tugas-tugas bertaraf menteri. Antara ahli-ahli Sistem Ahli ialah Dato’ Onn b. Jaafar,E.E.C. Thuraisingam,Tengku Yaakob Ibni Sultan Abdul Samad dan Mahmud b. Mat. Antara faedah Sistem Ahli 1951 ialah semangat kerjasama dapat diwujudkan antara kaum melalui pentadbiran bersama. Ini dapat menyedarkan rakyat bahawa perpaduan dapat dicapai melalui kerjasama dan sikap bertolak ansur.





Perkembangan parti politik merancakan perjuangan kemerdekaan. Parti-parti politik  terus berkembang di Tanah Melayu. Matlamat parti-parti politik berbeza antara satu sama lain. Ada parti politik yang memfokuskan perjuangan mereka untuk memelihara kepentingan kaum masing-masing dan ada juga untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Antara parti yang diwujudkan ialah parti yang berbentuk radikal seperti PKM,AWAS,API dan PKMM. Parti berbentuk keislaman adalah PAS dan Hizbul Muslimin. Parti bukan bersifat perkauman IMP(Parti Kemerdekaan Tanah Melayu) dan Parti Negara. Akhir sekali ialah Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO,MCA dan MIC.




Langkah seterusnya ialah dengan mengadakan pilihan raya. Perkembangan kegiatan politik dan tuntuan daripada pelbagai parti telah menyebabkan kerajaan British membuat keputusan  untuk mengadakan pilihan raya. Kerajaan British membuat keputusan ini kerana memerlukan kerjasama dan pertolongan rakyat Tanah Melayu bagi menghapuskan ancaman komunis. Selain itu, kerajaan British mahu menggunakan pilihan raya unruk menguji sama ada wujud perpaduan atau tidak perpaduan kaum di negara ini. Kerajaan British berjanji kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat bersatu padu. Pada peringkat permulaan, diperkenalkan pilihan raya peringkat tempatan pada tahun 1951 bagi: Majlis Bandaran George Town,Johor Bahru,Ipoh,Melaka,Seremban dan Kuala Lumpur. Pilihan Raya umum pertama bagi Majlis Undangan Perseketuaan diadakan pada tahun 1955.





Parti Perikatan ditubuhkan bagi menghadapi pilihan raya Majlis Pebandaran Kuala Lumpur pada 1952 MCA dan UMNO berpakat untuk berkerjasama secara sementara dalam pilihan raya tersebut. Menurut persetujuan,UMNO tidak akan bertanding dikawasan MCA dan MCA tidak akan bertanding dikawasan UMNO. Kedua-dua pihak akan saling membantu di kawasan masing-masing. Strategi ini mendatang kejayaan kepada UMNO dan MCA. Kedua-dua parti mendapat undi majority. Pakatan UMNO-MCA dipraktikkan dalam Pilihan Raya Majlis Bandaran Johor Bahru dan Melaka. Dengan kejayaan ini, 


Tunku Abdul Rahman telah berunding dengan Tan Cheng Lock untuk meneruskan kerjasama Parti Perikatan ke peringkat kebangsaan. Pada Februari 1953,pemimpin UMNO-MCA telah bermesyuarat di Kelab Pelombong-pelombong Bijih Timah Selangor di Kuala Lumpur. Dalam mesyuarat itu,keputusan telah dicapai untuk menubuhkan Parti Perikatan UMNO-MCA untuk berjuang dalam pilihan raya umum pertama yang akan diadakan pada 1955 di Tanah Melayu. Pada tahun 1953,terdapat dua kumpulan yang mengemukan tuntutan kemerdekaan kepada kerajaan British. Kumpulan pertama diketuai oleh Dato’ Onn b. Jaafar. Pada April 1953,Dato’ Onn telah menganjurkan satu Perundingan Kebangsaan di Kuala Lumpur. Perkara-perkara yang dipersetujui meminta British mengadakan pilihan raya umum pada tahun 1956 dan mahu sebahagian daripada anggota Majlis Undangan  Persekutuan yang baru terdiri daripada wakil rakyat.


 Parti Perikatan telah menganjurkan satu Konvensyen Kebangsaan. Hasil Konvensyen tersebut, dua tuntutan dibuat, iaitu pilihan raya diadakan pada tahun 1954 dan menuntut supaya 60 peratus ahli Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil yang dipilih melalui pilihan raya. Kedua-dua pihak telah merujuk kepada Majlis Raja-raja untuk membuat keputusan muktamad. Raja-raja memutuskan supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun 1955 dan separuh daripada anggota Majlis Undangan Persekutuan terdiri daripada wakil rakyat. Parti Perikatan tidak puas hati dengan cadangan Majlis Raja-raja dan menghantar rombongan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman untuk membantah tetapi ditolak oleh kerajaan British.


 Kesannya kira-kira 1000 orang ahli UMNO dan MCA meletakkan jawatan dalam kerajaan. Pentadbiran British terpaksa tunduk kepada tuntutan Parti Perikatan kerana British sangat memerlukan perpaduan rakyat untuk menentang komunis. Pada Julai 1954,Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gilivry telah menjemput Tunku Abdul Rahman untuk berunding di atas kapal H.M.S. Alert.

Pilihan raya umum pertama telah diadakan pada 27 Julai 1955 di seluruh Tanah Melayu. Daripada bilangan pengundi berdaftar, 84.2% pengundi Melayu,11.2% pengundi Cina dan 4.6% pengundi India. Sebanyak 52 buah kerusi telah dipertandingkan. Beberapa minggu sebelum pilihan raya umum diadakan, MIC telah menyertai Perikatan. Perikatan  mahukan kemerdekaan dalam tempoh empat tahun melalui kompromi dengan parti-parti lain dalam perikatan. Parti perikatan telah memenangi 51 daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Parti Perikatan membentuk kerajaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri.

Langkah seterusnya ialah dengan mengada rundingan kemerdekaan. Rundingan berlangsung pada 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perwakilan Perikatan meminta supaya jawatan Setiausaha Kewangan digantikan dengan Menteri Kewangan yang disandang oleh rakyat Tanah Melayu. Perikatan mahu supaya Menteri Pertahanan dilantik daripada kalangan rakyat  Tanah Melayu bagi menggantikan Pengarah Gerakan yang dijawat oleh orang British.


 Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah digantikan dengan seorang rakyat Tanah Melayu. Parti Perikatan memberi jaminan tidak akan mengambil alih harta benda dan perniagaan British. British masih bebas menjalankan kegiatan ekonomi mereka di Tanah Melayu. Selain itu,pengkalan tentera British masih dikekalkan di Tanah Melayu. Dengan itu, British akan melindungi Tanah Melayu. Pada 8 Februari 1956,Perjanjian London telah dimeterai oleh raja-raja Melayu,Parti Perikatan dan kerajaan British. Menurut perjanjian itu,Persekutuan Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada Jun 1956 yang diketuai oleh Lord Reid. Suruhanjaya Reid dipertanggungjawabkan menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu. Antara cadangan  Suruhanjaya Reid adalah kerajaan perseketuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh Reaja,Sistem kerajaan Bersekutu yang sedia ada diteruskan,Raja Melayu kekal sebagai ketua negeri masing-masing,Pulau Pinang dan Melaka digabungkan dalam Perseketuan dan diketuai oleh seorang yang Dipertua dan sistem berkerajaan bercorak demokrasi. Suruhanjaya Reid telah menerima 131 memorandum bertulis daripada pelbagai pihak. 

Suruhanjaya Reid telah membuat pindaan dari aspek bahasa, agama dan hak istimewa orang Melayu. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah berasaskan konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berpalimen. Asas Perlembagaan Tanah Melayu 1957 adalah Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara Tanah Melayu,kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa diberi, Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan Agama Islam menjadi agama rasmi.

Langkah terakhir ialah dengan pengisytiharaan kemerdekaan. Tepat pada pukul 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957,seorang ahli pemuda telah menurun bendera Union Jack dihadapan banggunan Sultan Abdul Samad di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur. Bendera itu digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pada pagi 31 Ogos 1957, wakil Ratu Inggeris telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pengisytiharan perlembagaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara yang merdeka kepada Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

Akhirnya Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Yang di-Pertuaan Agong Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.Proses Ke Arah Kemerdekaan Tanah Melayu U4

Parti Perikatan
mula-mula UMNO dan MCA yang wujudkan Parti Perikatan
tokoh : dato yahya abd. razak dan kolonel H.S Lee.
british adakan pilihanraya kawasan perbandaran KL - perikatan menang 9/12 kerusi
seterusnya perikatan menang di perbandaran johor, muar dan melaka
dari 6 bandar utama, perikatan menang 26/37 kerusi
tunku abdul rahman dan tan cheng lock menguatkan lagi perikatan
perikatan menang 226/268 kerusi - hasil kerjasama antara 2 parti
MIC juga turut serta dalam perikatan menjadikan UMNO-MCA-MIC
Ke arah pemerintahan sendiri
cuba mengadakan pilihan raya majlis bandaran di pulau pinang 1951 dan di KL 1952
Parti radikal menang 6/9 kerusi
pendedahan mentadbir urus kerajaan telah terbentuk
sistem ahli diperkenalkan - merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli majlis dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan dan kerajaan. 
semua anggota ahli dimasukkan ke dalam majlis mesyuarat. - supaya ada pengalaman eksekutif perundangan
Pilihan Raya 1955
pilihanraya umum pertama - 27.05.1955
UMNO-MCA-MIC membentuk perikatan
pembahagian kerusi 
UMNO 38
MCA 12
MIC 2
perikatan menang 51/52 kerusi
tokoh terpenting seperti 
dato abd razak hussein
dato sulaiman abd rahman
dr. ismail
kolonel h.s lee
sardon jubir
v.t sambanthan
leong yew koh
ong yoke lin
abd aziz ishak
manefesto perikatan :
berusaha mencapai kemerdekaan dalam 4 tahun
perkhidmatan awam bercorak tanah melayu
tubuh sekolah kebangsaan
melindungi kedudukan raja raja sebagai ketua berperlembagaan
menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun
antara parti yang bertanding semasa pilihan raya pertama ialah :
Parti Buruh
Parti Negara
Parti Progresif Rakyat
Parti Perikatan
Parti Islam Se-Malaya
Rundingan kemerdekaan 
parti parti politik menuntu kemerdekaan
rundingan kemerdekaan diadakan di london - 18 januari - 6 februari 1956
mereka yang turut berunding :
tunku abdul rahman (ketua)
datuk abdul razak husein,
kolonel h. s lee
tun dr. ismail abdul rahman
datuk panglima bukit gantang - perak
abdul aziz majid - selangor
datuk nik ahmad kamil - kelantan
datuk mohd seth mohd said - johor
bersepakat mencapai kemerdekaan sebelum ke london 
semangat rakyat berkobar kobar menuntut kemerdekaan
ada  2 peringkat proses kemerdekaan :
tahap penilaian - pesuruhjaya tinggi bertindak mengikut nasihat majlis kerja kecuali hal luar dan pertahanan luar.
menteri menteri tanah melayu mengambil  kementerian pertahanan dan industri
kerajaan dibentuk berasaskan demokrasi berparlimen
tanah melayu menganggotai komanwell
kerajaan memerintah sendiri dalam masa terdekat
kuasa pemerintahan dan kewangan dipegang oleh british akan diserahkan kepada  rakyat tanah melayu
british berjanji memberi kemerdekaan pada 31.08.1957 
Suruhanjaya Reid
ditubuhkan untuk mengesyor dan menyusun perlembagaan persekutuan - mac 1956
anggotanya
lord reid (hakim inggeris), pengerusi
sir ivor jenning (england)
sir william mckell (bekas gabenor jeneral australia)
tuan b. malik (ketua hakim mahkamah tinggi india)
tuan abd. hamid (pakistan)
antara garis panduannya :
membentuk kerajaan pusat yang kuat
kuasa autonomi negeri mengikut bidang
kedudukan istimewa raja raja melayu
pelantikan ketua negara berperlembagaan
hak istimewa orang melayu kekal, tapi tidak menafikan hak kaum lain
wujudkan satu rupa bangsa
menerima 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan, parti, raja raja melayu.
memorandum perikatan yang penting
81 kali perjumpaan - laporan siap
rang undang undang diterima, sedikit pindaan
diluluskan oleh majlis undangan persekutuan - julai 1957
Perlembagaan persekutuan tanah melayu yang merdeka
lebih menyerupai perlembagaan british dan india - bersifat parlimen.
ciri-cirinya :
ketua negara bukan politik - nama, yang di-pertuan agong
badan perundangan - 2 dewan - dewan rakyat & negara
perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan badan kehakiman yang bebas
kedudukan istimewa orang melayu ikut perkara 153 dan kepentingan sah kaum lain
ditetapkan 1 kerakyatan atas sebab
kelahiran
memenuhi keperluan kediaman
bahasa
ikrar taat setia
Hari Merdeka (Independence Day) is a national day of Malaysiacommemorating the independence of the Federation of Malaya from British colonial rule in 1957, celebrated on 31 August each year. This should not be confused with Hari Malaysia (Malaysia Day) when Malaysia was formed on 16 September 1963 together by Federation of Malaya, North Borneo, Sarawak and Singapore.
Starting from 2015, as been stated by the Minister of Communication and Multimedia Ahmad Shabery Cheek, the Independence Day celebration is likely to be held without mentioning the number of years to prevent the people in Sabah and Sarawak from being isolated if the number of independence anniversaries was stated.

[1] However, the Minister of Land Development of Sarawak Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing reminded that since 16 September had been declared as Malaysia Day, it should be the rallying point for the nation's unity. He added "Everyone now knows that 31 August is Malaya's and Sabah's Independence Day… it's not our (Sarawak)independence day. They can celebrate it both in Malaya and in Sabah as they have the same Independence Day date, and we can join them there if they invite us. We must right the wrong". Masing was commenting on Shabery Cheeks recent proposal that Malaysia should continue to commemorate 31 August as its Independence Day, without mentioning the anniversary year.[2]

Before 16 September, there was no Malaysia. Let everyone remember that. It's on 16 September that the four independent countries namely Malaya, Singapore, Sarawak and North Borneo agreed to form Malaysia. And as everyone also knows, Singapore pulled out in 1965
 The effort for independence was spearheaded by Tunku Abdul Rahman, the first Prime Minister of Malaysia, who led a delegation of ministers and political leaders of Malaya in negotiations with the British in London for Merdeka, or independence along with the first president of the Malayan Chinese Association (MCA) Tun Dato Sir Tan Cheng Lock and fifth President of Malaysian Indian Congress Tun V.T. Sambanthan. Once it became clear that the Communist threat posed during the Malayan Emergency was petering out, agreement was reached on 8 February 1956, for Malaya to gain independence from the British Empire. However, logistical and administrative reasons led to the official proclamation of independence in the next year, on 31 August 1957, at Stadium Merdeka (Independence Stadium), in Kuala Lumpur, which was purposely built for the celebrations of national independence.
On the night of 30 August 1957, crowds gathered at the Royal Selangor Club Padang in Kuala Lumpur to witness the handover of power from the British. Prime Minister-designate Tunku Abdul Rahman arrived at 11:58 p.m. and joined members of the Alliance Party's youth divisions in observing two minutes of darkness.[3] On the stroke of midnight, the lights were switched back on, and the Union Flag in the square was lowered.[4] The new Flag of Malaya was raised as the national anthem Negaraku was played. This was followed by seven chants of "Merdeka" by the crowd.[3][4] Tunku Abdul Rahman later gave a speech hailing the ceremony as "greatest moment in the life of the Malayan people".[3] Before giving the address to the crowd, he was given a necklace by representatives of the Alliance Party youth in honour of this great occasion in history, with a map of Malaya inscribed on it. The event ended at one in the morning the next day.
On the morning of 31 August 1957, the festivities moved to the newly completed Merdeka Stadium. More than 20,000 people witnessed the ceremony, which began at 9:30 a.m. Those in attendance included rulers of the Malay states, foreign dignitaries, members of the federal cabinet, and citizens.[5] The Queen's representative, the Duke of Gloucester presented Tunku Abdul Rahman with the instrument of independence.[5] Tunku then proceeded to read the Proclamation of Independence, which culminated in the chanting of "Merdeka!" seven times with the crowd joining in. The ceremony continued with the raising of the National Flag of Malaya accompanied by the national anthem being played by a military band and a 21-gun salute, followed by an azan call and a thanksgiving prayer in honour of this great occasion.[5]
The day followed with the solemn installation of the first Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman of Negeri Sembilan, at Jalan Ampang, and the first installation banquet in his honour in the evening followed by a beating retreat performance and a fireworks display. Sports events and other events marked the birth of the new nation.





Sebagai kesimpulan, kemerdekaan di Tanah Melayu dicapai bukan dengan cara yang mudah tetapi berlaku secara berperingkat-peringkat. Uniknya kemerdekaan ini dicapai dalam keadaan yang aman dan melalui rundingan. Dapat kita konklusikan bahawa perisiwa kemerdekaan itu memberi banyak pengajaran kepada kitadan kita seharusnya belajar dari sejarah itu.
            Nilai dan pengajaran yang dapat diperolehi antaranya ialah, kita haruslah belajar bagaimana untuk menghargai apa yang telah kita miliki. Selain itu, kita haruslah mengenang jasa para pemimin dan tokoh terdahulu. Tidak lupa juga tetang kepentingan perpaduan kaum bagi mewujudkan sebuah Negara yang merdeka dan bersatu. Tanamkan sifat cintakan tanah air atau lebih dipanggil sebagai semangat nasionalisme. Akhir sekali, kesabaran itu amat penting bagi mencaoai sesuatu cita-cita.




1 comment: